Dec 11, 2009

Penghijrahan Demi Rakyat

Dec 7, 2009

Terkini Kes Pecah Cermin Kereta

Terkini dari kejadian pecah cermin kereta. Maklumat yang diterima, sudah 3 orang kawan telah mengalami kejadian yang sama, di tempat yang sama, cermin kereta dipecahkan dan beg hilang. Itu yang diketahui, bagaimana pula nasib yang lain - lain. Berapa banyak kereta yang dipecahkan setiap hari?

Kami sedang merancang untuk membuat tindakan seperti menyebarkan flyers dan lain - lain kerana pihak polis telah menerima beberapa laporan beberapa minggu tentang kejadian pecah cermin kereta di jalan tersebut tetapi masih tiada sebarang usaha yang di ambil.

Hati - Hati! Beringat sebelum kena!

Semak Nama Anda Sebelum Ke Luar Negara

Sebelum ke luar negara, sila semak nama anda untuk memastikan anda tidak tersenarai sebagai orang yang dihalang dari keluar negara akibat menangung hutang PTPTN.

Berdasarkan beberapa percubaan, sistem ini nampaknya tidak diselia dan dikemaskini dengan baik kerana masih ramai yang berhutang dengan PTPTN tetapi tidak tersenarai.


Untuk membuat pemeriksaan, sila ke ---->
http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm

Kasi Pecahlah...

Cermin kereta pecah di Jalan Sentul.

Barang yang hilang : Beg. Mungkin pencuri sangka ada laptop.

Barang dalam beg : 5 pendrive penting, dokumen & senarai order.

Moral : Hati - hatilah dan redha.

Kredit to : Akmal Hisyam.







Dec 6, 2009

Afrika Selatan 2010


Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Kumpulan A

- Afrika Selatan
- Mexico
- Uruguay
- Perancis

Kumpulan B

- Argentina
- Nigeria
- Korea Selatan
- Greece

Kumpulan C

- England
- Amerika syarikat
- Algeria
- Slovenia

Kumpulan D

- Jerman
- Australia
- Serbia
- Ghana

Kumpulan E

- Belanda
- Denmark
- Jepun
- Cameroon

Kumpulan F

- Itali
- Paraguay
- New Zealand
- Slovakia

Kumpulan G

- Brazil
- Korea Utara
- Ivory Coast
- Portugal

Kumpulan H

- Sepanyol
- Switzerland
- Honduras
- Chile

Dec 4, 2009

Dialog Isu Semasa Bersama Shamsul Iskandar Mat Akin

Nov 27, 2009

Salam Aidiladha


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430

Nov 19, 2009

24 Tahun Tragedi Memali

Tragedi Berdarah Memali ( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2009 )


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Nov 12, 2009

Dialog Isu Semasa bersama YB Nik Nazmi - 14 November 2009

Nov 11, 2009

Kuning


2 tahun lalu KL menguning.
2 tahun lalu rakyat diberukkan.
2 tahun lalu "polis kata jangan".
2 tahun lalu "KJ tunjuk hero".
2 tahun lalu warna kuning telah diharamkan.
2 tahun lalu kuning dari Utara.
2 tahun lalu kuning dari Timur.
2 tahun lalu kuning dari Selatan.
2 tahun lalu KL menguning.
Kuning sekuning - kuningnya.
Kuning meneggelamkan segala - galanya.
Hanya kuning.

Kini kuning senyap.
Layu dan beku.
Kuning tak menekan.
Berpuas hati kah?
Tuntutan tertunaikah?
Di mana kuning kini?



Nov 8, 2009

Sudah - sudahlah.

Sudah.
Yang menang sudah seronok.
Yang kalah sudah kecewa.
Kalah yang menonton sudah kembali ke zaman batu.
Menang yang menonton sudah berkira - kira mahu makan besar.
Sudah - sudahlah.
Sudah - sudahlah menjadi lagi teruk dari zaman orang Tasaday.
Sudah - sudahlah merusuh.
Sudahlah woi.

Kami juga pernah kalah.
Kami juga pernah dibelasah teruk.
Kami juga hormati manusia lain.
Kami tak macam penyokong yang merusuh.
Kami terima kekalahan dengan cool.

Nak tunjuk samseng di semua tempat.
Tak kira negeri.
Tak kira masa.
Gelojoh.
Sungguh memalukan.
Memalukan bendera merah yang dibalut bulan purnama.
Memalukan semangat budu.
Sangat memalukan.

Sudah - sudahlah!
Balik elok - elok.
Memandu hati - hati.
Jangan bakar lebuh raya.
Jangan pukul mat - mat longkai.
Jangan baling mercun dalam pondok tol.
Jangan jadi manusia tak bertamadun.
Sudah - sudahlah.



sudah menjadi milik



Nov 7, 2009

Kijang Lawan Rusa


VS



Pertembungan yang menarik malam ini.

7 November 2009
8.45 malam
Stadium Nasional Bukit Jalil

Nov 3, 2009

JAIS Memalukan


Berita penahanan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Baik dari pemimpin parti politik mahupun NGO. JAIS dikecam hebat. Senario ini semuanya bermula apabila isu - isu tentang cadangan pelantikan sebagai Pengerusi YADIM, ura - ura kemasukan ke dalam PAS dan kononnya penyebaran fahaman Wahabi.

Setelah ketiga - tiga isu ini digaul rapi, maka bermulalah peranan JAIS dan polis yang melakukan tangkapan pada malam kelmarin. Mudah untuk membuat andaian. Saya pasti, ini bukan isu tauliah. Ini adalah isu - isu yang dinyatakan di atas. Dan saya juga yakin dan pasti bahawa sebelum penangkapan semalam, sudah beratus - ratus ceramah agama yang diberikan oleh Dr Asri di segenap pelusuk baik di dalam mahupun di luar negara selepas beliau tidak lagi menjadi mufti. Jadi, mengapa tiada pertikaian tentang pentauliahan sebelum - sebelum ini? Ataupun dengan maksud yang lebih jelas, mengapa tiada pertikaian tentang pentauliahan sebelum isu Pengerusi YADIM, ura - ura kemasukan ke dalam PAS dan isu penyebaran fahaman Wahabi? Mengapa Dr Asri tidak ditangkap sebelum semua isu ini kedengaran?

Jelas. Ini adalah sabotaj dan niat jahat (malafide). Setidak - tidaknya pun, ia mesti berkait rapat dengan politik. Namun tidak dapat dipastikan siapa yang mensabotaj siapa. Dan tidak dapat dipastikan juga siapa perancang utama konspirasi ini.

Penangkapan Dr Asri ala Gestapo (saya lebih suka istilah Gengster) malam kelmarin memberi tanggapan bahawa, Dr Asri sangat berbahaya. Seolah - olah penangkapan pengganas. Apa gunanya berpuluh - puluh polis mengepung sekeliling rumah dengan tujuan untuk menangkap Dr Asri? Kalau takut ada rusuhan sekalipun, pihak polis boleh menunggu di hadapan pintu masuk sahaja tanpa menceroboh. Saya pasti, Dr Asri bukanlah seorang yang degil dan akan melawan polis. Jadi tidak perlu senario seperti malam kelmarin berlaku.

Walau apa sekalipun yang berlaku, saya masih menanti apakah jenis pendakwaan yang akan dituduh kepada Dr Asri. Kita nantikan esok.

Dan satu lagi yang bermain di fikiran saya, jika Dr Asri boleh ditahan sebegitu rupa, mengapa Sister In Islam yang membawa fahaman songsang dari Islam tidak ditahan?

Keadilan Untuk Tian Chua



Klik gambar utk paparan yg lebih jelas.

Oct 28, 2009

Selesaikan Kemelut DUN Perak - Dari Rakyat Oleh Rakyat Kepada Rakyat!


Dari satu sidang ke satu sidang, tetap kecoh dan berterusan. BN tetap mengaku sebagai kerajaan negeri Perak walaupun mereka sendiri tahu mereka adalah kerajaan haram. Mana mungkin Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak mengesahkan mereka sebagai kerajaan? Mereka yang melanggar undang - undang.

Kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN Perak ini boleh diselesaikan. Penyelesaian ini perlu dibuat dengan rasa ikhlas dan menyerahkan kembali kepada kuasa rakyat.

BUBARKAN DUN PERAK!

Berikan mandat kepada rakyat. Biar rakyat yang memilih kerajaan rakyat. PR sudah bersetuju pembubaran DUN. BN bagaimana? Takut? Takut dgn pilihanraya atau takut dengan Najib? Tak takut dgn duit haram hasil merampas kerajaan Perak yang sah? Bubarkanlah!


1 MALAYSIA 2 PERAK 3 KATAK